Nama lain bagi Belantik Belantik_(buruj)

Pemburu bernama Orion dalam buku Uranometria Bayer (1603).

Belantik dikenali sebagai Orion dalam bahasa Latin dan bahasa Yunani, iaitu nama pemburu dalam legenda Yunani purba. Mengikut sudut pandangan di Eropah, empat buah bintang yang membentuk kerangka luar segi empat tepat buruj ini kelihatan seperti susuk tubuh manusia (dengan tambahan beberapa bintang lebih malap di luar segiempat ini); Bintang Tiga Beradik pula membentuk tali pinggang pemburu itu. Di bawah Bintang Tiga Beradik, terdapat pula beberapa buah bintang malap, kononnya membentuk pedang (atau sarung pedang) pemburu itu.

Dalam bahasa Tagalog, buruj ini dipanggil Balatik manakala dalam bahasa Arab, buruj ini dipanggil al-Ǧawzāʾ (Bahasa Arab: الجوزاء‎) yang bermakna "yang di tengah-tengah",[1] tetapi juga dikelirukan dengan buruj Gemini (Kembar), atau al-Ǧabbār (Bahasa Arab: الجبار‎) yang bererti "perkasa" atau "gergasi".

Rujukan

WikiPedia: Belantik_(buruj) http://160.114.99.91/astrojan/orion.htm http://museumvictoria.com.au/DiscoveryCentre/Infos... http://www.allthesky.com/constellations/orion/ http://www.constellation-guide.com/constellation-l... http://www.constellationsofwords.com/Constellation... http://blog.deepskycolors.com/archive/2010/10/22/o... http://www.ianridpath.com/startales/orion.htm http://old.orionsarm.com/galactography/views_of_Or... http://www.universetoday.com/100383/beautiful-astr... http://apod.nasa.gov/apod/ap101023.html